Pakai PPE jika jalani HSO

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Mana-mana ahli Parlimen yang sedang menjalani tempoh perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) diwajibkan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) bagi menghadiri sesi pengundian di Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata, langkah tersebut pernah dilaksanakan pada persidangan 14 dan 15 Disember lalu, bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19.

Selain itu, beliau berkata, sistem penggiliran turut disyorkan melibatkan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, bagi setiap satu jam, sebagai langkah berjaga-jaga.

“Sehubungan itu, di atas meja Yang Berhormat diletakkan surat untuk menjalani ujian RTK air liur secara berkala sepanjang tempoh persidangan ini.

“Ujian untuk ahli-ahli Yang Berhormat ini akan dijalankan di Dewan Bankuet Parlimen pada setiap hari Isnin dan Rabu. Ujian pertama akan bermula esok (Rabu).

“Ujian mengambil masa selama 20 minit dan dibuat apabila Yang Berhormat tiba di Parlimen. Oleh itu, dimohon agar Ahli-ahli Parlimen dapat hadir awal di Dewan Bankuet bagi mengelakkan kelewatan urusan Dewan,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi pegawai pula, Azhar berkata, ujian sama akan dijalankan di Dewan Serbaguna.

Related posts

Leave a Comment