1,289 kes jangkitan baharu di Saudi

RIYADH 29 Julai – Makkah mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi dengan 260 kes diikuti Riyadh 253, daerah Timur 220 dan Jazan 100 kes

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,289 kes jangkitan baharu dilaporkan dengan 12 kematian.

Dengan perkembangan terbaharu ini, jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 523,397 dan 8,212 kematian.

Kes aktif yang direkodkan adalah 11,358 kes dan 1,395 pesakit adalah dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan juga memaklumkan setakat Khamis, sebanyak 26 juta dos vaksin sudah disuntik.

(foto  hiasan)

Related posts

Leave a Comment