74.7 peratus lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 14 Sept. – Sebanyak 74.7 peratus atau 17,480,766 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 91.6 peratus atau 21,573,348 pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 227,147 dos vaksin diberikan semalam menjadikan keseluruhan dos yang diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 38,990,335.

Daripada jumlah itu, sebanyak 157,912 melibatkan dos lengkap dan 69,235 dos pertama.

Sementara itu Lembah Klang terus merekodkan jumlah pemberian dos vaksin tertinggi dengan 103.4 peratus atau lebih 6.4 juta orang daripada populasi dewasa sudah lengkap dua dos vaksin.

Ini diikuti Labuan dengan 97.5 peratus (66,808 orang); Negeri Sembilan 88.9 peratus (724,254 orang); Sarawak 88.8 peratus (1.8 juta orang); dan Perlis 76.6 peratus (138,748).

Sabah kekal negeri paling rendah menerima suntikan vaksin iaitu 51.2 peratus (1.4 juta orang), selain Kelantan 53.2 peratus (657,520 orang).

Sementara itu, jumlah pemberian vaksin harian pada Isnin adalah sebanyak 227,147 dos membabitkan 157,912 dos pertama dan 69,235 dos kedua.

Related posts

Leave a Comment