18,056 kes baharu Filipina

MANILA 14 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 18,056 kes tambahan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes setakat ini 2,266,066 dengan kes aktif pula 177,670.

Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 20,542 pesakit dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 2,052,867 orang atau 90.6 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 35,529 orang termasuk 222 orang yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Sementara itu DoH melaporkan terdapat 12 makmal yang tidak menyerahkan data mengenai Sistem Repositori Dokumen Covid-19 (CDRS).

Berdasarkan data dalam 14 hari yang lalu, 12 makmal ini menyumbang kira-kira 1.7 peratus daripada semua sampel yang diuji dan 1.7 peratus daripada semua individu positif.

Justeru pada hari yang mendatang, kes Covid-19 dijangka meningkat.

Related posts

Leave a Comment