Selangor dahului semula kes

PUTRAJAYA 14 Sept. – Selepas ‘ditinggalkan’ beberapa hari, Selangor kembali mendahului kes jangkitan dengan merekodkan 2,632, juga menunjukkan pertambahan kes berbanding 1,947 semalam.

Selangor satu-satunya negeri yang melepasi 2,000 kes manakala enam negeri merekodkan lebih 1,000 kes yang membawa kepada jumlah kes harian negara 15,669 dan jumlah keseluruhan pula meningkat kepada 2,011,440.

Sarawak yang mendahului negeri lain beberapa hari mencatatkan penurunan dengan 1,983 berbanding 3,522 semalam diikuti Johor 1,974 (2,030), Sabah 1,784 (1,649), Pulau Pinang 1,651 (1,243), Kelantan 1,406 (1,070), dan Kedah 1,207 (1,191).

Melebihi 500 kes adalah Perak 856 (1,011) dan Pahang 763 (878), sementara Terengganu merekodkan 483 berbanding 704 semalam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 411 (398), dan Melaka 329 (206).

Sementara itu Negeri Sembilan merekodkan 143 kes berbanding 156 semalam, Perlis 30 (41) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 14 (16) manakala Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan tiga kes berbanding 11 semalam.

Sementara itu daripada sejumlah 15,669 kes baharu yang dilaporkan, 15,652 adalah kes tempatan iaitu 14,169 warganegara, serta 1,483 bukan warganegara manakala 17 adalah kes import.

Sebanyak 1,266 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 954 kes Covid-19 dan 312 kes suspected, probable serta dalam siasatan.

Manakala, 689 kes memerlukan bantuan pernafasan iaitu 432 kes Covid-19 dan 257 kes suspected, probable, serta kes dalam siasatan.

Sejumlah 18,053 kes direkodkan telah sembuh, menjadikan jumlah kumulatif kepada 1,764,579 kes.

Dalam pada itu, 283 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala

15,386 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Related posts

Leave a Comment