108 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 13 Sept. – Brunei Darussalam menambah 108 kes baharu Covid-19 termasuk satu kes import menjadikan jumlah keseluruhan 4,431 kes, kata Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar.

Pada masa yang sama, tiga kluster baharu direkodkan iaitu Kluster 2034 dengan sembilan kes; Kes 4321 sebanyak tujuh kes dan Kluster Freshco Batu Satu dengan lapan kes.

Semua kes kluster baharu ini termasuk juga kes yang sebelum ini tidak diketahui punca jangkitannya dan dengan perkembangan ini, jumlah kluster kini meningkat kepada 76.

Di samping itu terdapat 21 kes tambahan melibatkan 10 kluster aktif di mana mereka yang terlibat adalah individu yang dikuarantin dan mempunyai kontak dengan kes-kes sebelum ini.

Pada masa yang sama 62 kes lagi masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan.

Brunei juga merekodkan 102 kes sembuh termasuk 21 kes positif dalam Kategori 1 yang telah membuat pengasingan diri selama 14 hari di rumah masing-masing.

Jumlah kes sembuh di Brunei Darussalam meningkat kepada 2,856 kes dengan jumlah kes aktif 1,548 kes.

Dalam kalangan kes aktif itu, 10 dalam keadaan kritikal di mana semua memerlukan bantuan mesin pernafasan (artificial ventilation) dengan satu kes memerlukan bantuan mesin tambahan ‘heart / lung machine’ (ECMO) manakala 28 kes dalam Kategori 4 ditempatkan di Unit Rawatan Intensif bagi pemantauan rapi.

Related posts

Leave a Comment