Kes harian turun di Arab Saudi

RIYADH 8 Sept. – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus mencatatkan penurunan apabila 119 kes direkodkan hari ini berbanding 124 semalam dan 138 kes pada hari sebelumnya. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 545,624 kes. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, sebanyak tujuh kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 8,598. Kes pesakit sembuh pula meningkat kepada 534,639 orang selepasn Sebanyak 188 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 534,639. Sementara itu Riyadh merekodkan 38 kes diikuti Makkah 20 manakala  2,387 kes aktif.

Read More

Jumlah kumulatif 1,900,467 kes

PUTRAJAYA 8 Sept. – Tiga hari berturut-turut, kes baharu Covid-19 berada pada angka di bawah 20,000 kes selepas merekodkan 19,733 kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sehingga ini adalah 1,900,467 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 361 kematian direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif  kini 19,163 di mana 102 kes merupakan BID (Brought In Dead) dengan melibatkan 71 warganegara. Katanya, daripada 19,733 kes harian yang dilaporkan pada Rabu, hanya 2.2 peratus atau 429 kes adalah kategori 3, 4, dan 5. “Manakala 19,304 kes (97.8 peratus) lagi adalah…

Read More

Lembah Klang masuki Fasa 2 PPN

PUTRAJAYA 8 Sept. – Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya memasuki Fasa 2, Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Jumaat ini, 10 September, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Berikutan itu, mulai hari berkenaan, penduduk di Lembah Klang yang sudah melengkapkan vaksinasi masing-masing sudah boleh merentas sempadan daerah. Pada masa yang sama, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 turut memutuskan Selangor, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama. “Maka, pergerakan antara negeri-negeri ini adalah dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan media,…

Read More

349 kes harian tinggi di Singapura

SINGAPURA 8 Sept. – Singapura melaporkan 347 kes jangkitan tempatan Covid-19 hari ini termasuk tiga orang yang berusia 70 tahun ke atas yang tidak divaksin atau belum lengkap divaksin. Dalam satu kenyataan ringkas, Kementerian Kesihatan (MoH) menyatakan ketiga-tiga kes itu berisiko sakit teruk. Dua kes import juga dilaporkan menjadikan jumlah kes harian hari 349 kes, satu jumlah yang tinggi direkodkan. Dengan perkembangan ini juga,  jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 69,582. Sementara itu, kluster yang dikaitkan dengan Pelabuhan Perikanan Jurong diisytiharkan semalam  setelah tiada kes baharu dikaitkan dengan kluster itu…

Read More

Brunei Darussalam tambah 116 kes

BERAKAS 8 Sept. – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 116 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 3,683. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, dua kluster baharu juga dikesan yang membawa kepada 56 kluster direkodkan. Kluster 3395 merekodkan lapan kes dan Kluster 3412 sebanyak empat kes di mana kes-kes berkenaan termasuk kes yang sebelum ini tidak diketahui sumber jangkitan. Sebanyak 30 kes lagi berkaitan dengan 10 kluster aktif, yang juga melibatkan individu yang dikuarantin selepas mempunyai kontak dengan kes-kes sebelum ini. Sebanyak 74 kes lagi masih dalam siasatan bagi mengenal…

Read More

Thailand catat 14,176 kes baharu

BANGKOK 8 Sept. – Thailand merekodkan 14,176 kes baharu Covid-19 dan 228 lagi meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 1,322,519 kes dan 13,511 kematian. Terdapat 13,670 kes melibatkan orang awam dan 506 dalam kalangan banduan manakala setakat semalam, 16,769 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh. Kes kematian pula melibatkan mereka yang berumur antara enam bulan hingga 100 tahun dan yang meninggal dunia termasuk tiga warga Myanmar, dua China, seorang Laos dan warganegara British. Turut meninggal dunia seorang wanita mengandung dan tiga bayi/kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga dua tahun.…

Read More

18,012 kes baharu di Filipina

MANILA 8 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) mencatatkan 18,012 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,121,308. Setakat pukul 4 petang ini, jumlah pesakit sembuh mengatasi kes positif apabila kes pulih merekodkan 18,945 menjadikan jumlah keseluruhan 1,928,173 orang sembuh. Pada masa yang sama, 161 lagi meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 34,498 kematian. Kes aktif pula 158,637 atau 7.5 peratus. Sementara itu, jumlah kes dijangka meningkat berikutan 13 makmal yang tidak menyerahkan data mengenai Sistem Repositori Dokumen Covid-19 (CDRS). Berdasarkan data dalam 14 hari yang lalu, 13 makmal ini…

Read More

Pulau Pinang lepasi 100,000 kes

PUTRAJAYA 8 Sept. – Sarawak masih mendahului jumlah kes jangkitan harian Covid-19 dengan merekodkan 3,100 kes, turun sedikit berbanding 3,200 semalam diikuti Selangor 2,989 meningkat berbanding 2,407 semalam. Tujuh negeri mencatatkan empat angka dan Pulau Pinang hari mencapai jumlah keseluruhan melepasi 100,000 dengan merekodkan 100,906 kes. Pulau Pinang merekodkan 2,474 kes, menunjukkan peningkatan dari 1,776 semalam diikuti Sabah yang merekodkan 2,067 kes berbanding 2,107 semalam, Johor 1,867 (2,174), Kedah 1,564 (1,487), Kelantan 1,471 (1,458) dan Perak 1,319 (1,197). Terengganu turut mencatatkan peningkatan kes dari 645 kepada 904 kes, Pahang 700…

Read More

16,299,881 lengkap dos vaksin

PUTRAJAYA 8 Sept. – Sebanyak 69.6 peratus atau 16,299,881 populasi dewasa di negara ini sudah melengkapkan dos vaksin Covid-19 manakala 88.9 peratus atau 20,814,413 telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin itu. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan, dari segi populasi keseluruhan pula, 63.7 peratus penduduk Malaysia sudah menerima dos pertama, manakala 49.9 peratus pula lengkap divaksin. Peningkatan itu setelah 326,476 lagi suntikan diberikan di seluruh negara, semalam, meliputi 134,307 dos pertama dan 192,169 dos lengkap. Setakat semalam, data JKJAV juga menunjukkan Lembah Klang yang merangkumi Kuala Lumpur,…

Read More

Sepanyol lulus dos ketiga

SEPANYOL pada Selasa meluluskan pengunaan suntikan penggalak vaksin Covid-19 kepada individu yang mempunyai masalah sistem imunisasi. Ini tertumpu kepada individu yang masih mempunyai imunisasi lemah walaupun sudah melengkapkan dua dos vaksin. Suruhanjaya Kesihatam Awam Sepanyol berkata, dos penggalak itu perlu diberikan 28 hari selepas dos kedua serta menggunakan vaksin yang jenis yang sama dengan suntikan pertama dan kedua. Pihak berkuasa menegaskan setakat ini, tiada data yang kukuh untuk mengesyorkan pemberian suntikan ketiga kepada populasi umum. Agensi Ubat-Ubat Eropah (EMA) awal bulan ini berkata, pihaknya sedang menilai potensi suntikan penggalak vaksin…

Read More