MANILA 8 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) mencatatkan 18,012 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,121,308.
Setakat pukul 4 petang ini, jumlah pesakit sembuh mengatasi kes positif apabila kes pulih merekodkan 18,945 menjadikan jumlah keseluruhan 1,928,173 orang sembuh.
Pada masa yang sama, 161 lagi meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 34,498 kematian.
Kes aktif pula 158,637 atau 7.5 peratus.
Sementara itu, jumlah kes dijangka meningkat berikutan 13 makmal yang tidak menyerahkan data mengenai Sistem Repositori Dokumen Covid-19 (CDRS). Berdasarkan data dalam 14 hari yang lalu, 13 makmal ini menyumbang kira-kira 3.6 peratus daripada semua sampel yang diuji dan 3.7 peratus daripada semua individu positif.
