Pulau Pinang lepasi 100,000 kes

PUTRAJAYA 8 Sept. – Sarawak masih mendahului jumlah kes jangkitan harian Covid-19 dengan merekodkan 3,100 kes, turun sedikit berbanding 3,200 semalam diikuti Selangor 2,989 meningkat berbanding 2,407 semalam.

Tujuh negeri mencatatkan empat angka dan Pulau Pinang hari mencapai jumlah keseluruhan melepasi 100,000 dengan merekodkan 100,906 kes.

Pulau Pinang merekodkan 2,474 kes, menunjukkan peningkatan dari 1,776 semalam diikuti Sabah yang merekodkan 2,067 kes berbanding 2,107 semalam, Johor 1,867 (2,174), Kedah 1,564 (1,487), Kelantan 1,471 (1,458) dan Perak 1,319 (1,197).

Terengganu turut mencatatkan peningkatan kes dari 645 kepada 904 kes, Pahang 700 berbanding 742 semalam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 537 (631), Melaka 375 (448) dan Negeri Sembilan 256 (229).

Perlis turut menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 74 kes berbanding 20 kes semalam dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dari 22 semalam kepada 29 hari ini.

Wilayah Persekutuan Labuan pula kekal satu digit dengan tujuh kes berbanding empat kes semalam.

Related posts

Leave a Comment