16,299,881 lengkap dos vaksin

PUTRAJAYA 8 Sept. – Sebanyak 69.6 peratus atau 16,299,881 populasi dewasa di negara ini sudah melengkapkan dos vaksin Covid-19 manakala 88.9 peratus atau 20,814,413 telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin itu.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan, dari segi populasi keseluruhan pula, 63.7 peratus penduduk Malaysia sudah menerima dos pertama, manakala 49.9 peratus pula lengkap divaksin.

Peningkatan itu setelah 326,476 lagi suntikan diberikan di seluruh negara, semalam, meliputi 134,307 dos pertama dan 192,169 dos lengkap.

Setakat semalam, data JKJAV juga menunjukkan Lembah Klang yang merangkumi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, mendahului jumlah keseluruhan populasi divaksin.

Lembah Klang mencatatkan 82.6 peratus atau 6,956,993 penduduk menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 71.6 peratus atau 6,026,572 lengkap vaksinasi.

Ini diikuti Labuan dengan 70.5 peratus dos pertama dan 65.8 peratus dos lengkap; Sarawak (66 peratus dos pertama, 63.7 peratus dos lengkap); Negeri Sembilan (71 peratus dos pertama, 60.7 peratus dos lengkap) serta Perlis (65.4 peratus dos pertama, 51.3 peratus dos lengkap).

Tiga negeri merekodkan peratusan terendah populasi keseluruhan lengkap vaksinasi ialah Kedah (35.4 peratus), Kelantan (32.3 peratus) dan Sabah (32.6 peratus).

Related posts

Leave a Comment