SEPANYOL pada Selasa meluluskan pengunaan suntikan penggalak vaksin Covid-19 kepada individu yang mempunyai masalah sistem imunisasi.
Ini tertumpu kepada individu yang masih mempunyai imunisasi lemah walaupun sudah melengkapkan dua dos vaksin.
Suruhanjaya Kesihatam Awam Sepanyol berkata, dos penggalak itu perlu diberikan 28 hari selepas dos kedua serta menggunakan vaksin yang jenis yang sama dengan suntikan pertama dan kedua.
Pihak berkuasa menegaskan setakat ini, tiada data yang kukuh untuk mengesyorkan pemberian suntikan ketiga kepada populasi umum.
Agensi Ubat-Ubat Eropah (EMA) awal bulan ini berkata, pihaknya sedang menilai potensi suntikan penggalak vaksin Covid-19 yang mungkin diberikan enam bulan selepas yang dos kedua.
Setakat 7 September Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merekodkan Sepanyol mencatatkan 4,887,394 kes dengan 84,928 kematian dan setakat 1 September 2021, kira-kira 66,788,317 vaksin sudah diberikan .