Brunei Darussalam tambah 116 kes

BERAKAS 8 Sept. – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 116 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 3,683.

Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, dua kluster baharu juga dikesan yang membawa kepada 56 kluster direkodkan.

Kluster 3395 merekodkan lapan kes dan Kluster 3412 sebanyak empat kes di mana kes-kes berkenaan termasuk kes yang sebelum ini tidak diketahui sumber jangkitan.

Sebanyak 30 kes lagi berkaitan dengan 10 kluster aktif, yang juga melibatkan individu yang dikuarantin selepas mempunyai kontak dengan kes-kes sebelum ini.

Sebanyak 74 kes lagi masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan.

Sementara itu sebanyak 91 kes telah disahkan sembuh pada hari ini termasuk 29 kes positif dalam Kategori 1 yang telah membuat pengasingan diri selama 14 hari di rumah masing-masing.

Jumlah kes sembuh di Brunei Darussalam meningkat kepada 2,149 kes dengan jumlah kes aktif 1,514.kes.

Dalam kalangan kes aktif tersebut, lapan dalam keadaan kritikal di mana enam daripadanya memerlukan bantuan mesin pernafasan (artificial ventilation) manakala dua  lagi memerlukan bantuan mesin tambahan ‘heart / lung machine’ (ECMO).

Sementara itu, 29 kes lain yang dikategorikan dalam Kategori 4 sekarang ditempatkan di Unit Rawatan Intensif bagi pemantauan rapi.

(Foto Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam)

Related posts

Leave a Comment