Thailand catat 14,176 kes baharu

BANGKOK 8 Sept. – Thailand merekodkan 14,176 kes baharu Covid-19 dan 228 lagi meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 1,322,519 kes dan 13,511 kematian.

Terdapat 13,670 kes melibatkan orang awam dan 506 dalam kalangan banduan manakala setakat semalam, 16,769 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh.

Kes kematian pula melibatkan mereka yang berumur antara enam bulan hingga 100 tahun dan yang meninggal dunia termasuk tiga warga Myanmar, dua China, seorang Laos dan warganegara British.

Turut meninggal dunia seorang wanita mengandung dan tiga bayi/kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga dua tahun.

Bangkok terus merekodkan kematian tertinggi iaitu 50 orang dan juga mencatatkan kes harian tertinggi sebanyak 3,691 orang.

Wilayah lain yang merekodkan kes harian tinggi adalah Samut Prakan 955, Chonburi 846, Samut Sakhon 641, Ratchaburi 528 dan Rayong 473.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari Kanada (1), Indonesia (1), Turki (1), Filipina  (2), Myanmar (2 ), Malaysia (4), Laos (2) dan Kemboja(3).

Setakat semalam, sebanyak 142,644 orang mendapatkan rawatan di hospital termasuk 4,387 yang kritikal dan 960 bergantung kepada bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment