349 kes harian tinggi di Singapura

SINGAPURA 8 Sept. – Singapura melaporkan 347 kes jangkitan tempatan Covid-19 hari ini termasuk tiga orang yang berusia 70 tahun ke atas yang tidak divaksin atau belum lengkap divaksin.

Dalam satu kenyataan ringkas, Kementerian Kesihatan (MoH) menyatakan ketiga-tiga kes itu berisiko sakit teruk.

Dua kes import juga dilaporkan menjadikan jumlah kes harian hari 349 kes, satu jumlah yang tinggi direkodkan.

Dengan perkembangan ini juga,  jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 69,582.

Sementara itu, kluster yang dikaitkan dengan Pelabuhan Perikanan Jurong diisytiharkan semalam  setelah tiada kes baharu dikaitkan dengan kluster itu sejak 15 Ogos.

Kluster terbesar itu, yang diumumkan pada 16 Julai, mempunyai 1,155 kes Covid-19 berhubung kait dengannya sebelum ia ditutup.

Berdasarkan data MoH, tiada kes baharu dikaitkan dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong ini sejak 15 Ogos berbanding semasa di puncak penularannya, lebih 100 kes berkait dengannya setiap hari.

Related posts

Leave a Comment