Jumlah kumulatif 1,844,835

PUTRAJAYA 5 Sept. – Malaysia merekodkan 20,396 lagi kes jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif kini 1,844,835 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 336 kematian akibat Covid-19 direkodkan dan ini menjadikan jumlah kumulatif korban akibat wabak ini ialah 18,219. Sebanyak 20,573 lagi kes pulih dilaporkan sekali gus menjadikan individu yang kembali sembuh adalah seramai 1,570,827. Daripada jumlah kes harian hari ini, lapan kes import melibatkan enam warganegara dan dua bukan warganegara manakala bagi 20,388 kes sebanyak 17,858 adalah…

Read More

191 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 5 Sept. –  Singapura melaporkan 186 kes baharu tempatan Covid-19 dan lima kes import setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 68,660 kes dan 55 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, terdapat 90 kes tempatan tanpa hubung kait, 63 kes dikaitkan dengan kes-kes sebelum ini dan dikenakan kuarantin manakala 33 kes berhubung kait dikesan menerusi ujian pemantauan. Dalam kalangan kes-kes baharu itu, empat merupakan warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum divaksin atau baru menerima satu suntikan vaksin dan berisiko menghidap sakit teruk. Lima kes import sudahpun dikenakan Notis Jangan…

Read More

KDN bukan hanya jaga SOP

YAN 5 Sept. – “Kerja kami bukan hanya jaga SOP,”. Itu penegasan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) lebih-lebih lagi apabila semakin banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat. Katanya, semua pihak harus bersama memainkan peranan dengan menjadikan amalan mematuhi SOP sebagai perkara biasa, apatah lagi apabila wabak Covid-19 diumumkan sebagai endemik. “Kami nak juga lihat dari segi kehidupan agar ia benar-benar seimbang. Kalau kami hanya kerja nak sekat orang, kesalahan tak ikut SOP, itu sesuatu yang amat kecil. “Biarlah kita mempunyai strategi yang lain menjaga sempadan,…

Read More

Sarawak hampir menyamai Selangor

PUTRAJAYA 6 Sept. – Jumlah kes Covid-19 kembali melepasi 20,000 dengan lapan negeri mencatat pertambahan kes empat angka sekaligus menjadi penyumbang kepada 20,396 kes yang direkodkan hari ini berbanding 19,057 semalam. Selangor kekal mendahului negeri-negeri lain dengan merekodkan 3,886 kes berbanding 3,775 semalam. Sarawak pula hampir menyamai Selangor apabila merekodkan 3,747 kes berbanding 2,723 semalam dan menjadikan jumlah keseluruhan kes di Bumi Kenyalang itu meningkat kepada 130,898 kes. Johor merekodkan 2,165 kes juga meningkat dari 2,077, Sabah 2,136 (2,279), manakala dua lagi merekodkan peningkatan iaitu Pulau Pinang 1,961 (1,558), Kedah…

Read More

2,080,984 kes 20,089 sembuh

MANILA 5 Sept. – Filipina hari ini merekodkan 20,019 kes baharu Covid-19, turun sedikit berbanding 20,741 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,080,984 kes. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 173 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah kumulatif 34,234 kematian. Di samping itu, DoH juga mencatatkan, 20,089 pesakit telah pulih dan ini meningkatkan jumlah kesembuhan kepada 1,889,312 orang atau 90.8 peratus. Kes aktif pula 157,438 atau 7.6 peratus.

Read More

15,452 kes baharu Thailand

BANGKOK 5 Sept. – Thailand merekodkan 15,452 kes baharu Covid-19 dan 224 lagi kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,280,534 manakala jumlah yang meninggal dunia pula 12,855 orang. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, terdapat 14,956 kes tempatan, 28 kes import dan 468 lagi melibatkan banduan. Bangkok terus merekodkan kematian yang tinggi iaitu 35 dan 51 di wilayah berhampiran iaitu Pathum Thani 22, Samut Sakhon 15, Samut Prakan 12,  Nakhon Pathom 2 manakala 138 lagi di wilayah lain iaitu Chachoengsao 30 dan Chonburi 20. Di samping kematian, Bangkok juga merekodkan 3,906…

Read More

Peguam Negara derhaka?

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH) mendesak Peguam Negara, Idrus Harun meletak jawatan kerana didakwa derhaka, dan mengkhianati Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berparlimen. Desakan itu berikutan kenyataan Idrus bahawa undi percaya tidak perlu dilakukan di persidangan Dewan Rakyat sebagai tindakan melanggar titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. “Ia bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong kepada semua ketua parti sewaktu sesi menghadap di Istana Negara pada 17 Ogos lalu,” kata MPPH dalam satu kenyataan media hari ini. Dalam kenyataan media Istana Negara…

Read More

15,772,760 individu lengkap 2 dos

PUTRAJAYA 5 Sept. – Sebanyak 15,772,760 individu atau 48.3 peratus daripada keseluruhan populasi di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) bagi tempoh yang sama, seramai 20,401,824 individu atau 62.5 peratus sudah menerima dos pertama. Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 36,141,604 dos manakala peratusan populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos meningkat kepada 67.4 peratus . Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 300,501 dos diberikan, iaitu 165,942 merupakan dos kedua…

Read More

Sabah catat kematian tertinggi

KOTA KINABALU 5 Sept. – Sabah merekodkan 55 kes kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 semalam, menjadikannya antara kes kematian harian yang tertinggi pernah direkodkan sejak pandemik merebak ke negeri ini lebih setahun lalu. Jurucakap rasmi Covid-19 Sabah, Masidi Manjun, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 12 kematian di daerah Tuaran, 10 di Kota Kinabalu, tujuh di daerah Tawau, enam di daerah Sandakan, empat di Lahad Datu dan tiga di daerah Penampang. Masing-masing dua kes kematian di daerah Putatan, Keningau, Beluran dan Papar, masing-masing satu kes kematian di Kuala Penyu, Kalabakan, Tenom,…

Read More