Sarawak hampir menyamai Selangor

PUTRAJAYA 6 Sept. – Jumlah kes Covid-19 kembali melepasi 20,000 dengan lapan negeri mencatat pertambahan kes empat angka sekaligus menjadi penyumbang kepada 20,396 kes yang direkodkan hari ini berbanding 19,057 semalam.

Selangor kekal mendahului negeri-negeri lain dengan merekodkan 3,886 kes berbanding 3,775 semalam.

Sarawak pula hampir menyamai Selangor apabila merekodkan 3,747 kes berbanding 2,723 semalam dan menjadikan jumlah keseluruhan kes di Bumi Kenyalang itu meningkat kepada 130,898 kes.

Johor merekodkan 2,165 kes juga meningkat dari 2,077, Sabah 2,136 (2,279), manakala dua lagi merekodkan peningkatan iaitu Pulau Pinang 1,961 (1,558), Kedah 1,587 (1,329), Kelantan 1,078 (1,434) dan Perak 1,057 (1,450).

Terengganu merekodkan pertambahan kepada 861 berbanding 605 semalam diikuti Kuala Lumpur 597 (711), Pahang 486 (410),  Melaka 459 (338), Negeri Sembilan 269 (242),

Perlis mencatatkan 78 kes berbanding 99 semalam diikuti Putrajaya 25 (18) manakala Labuan merekodkan empat kes berbanding sembilan semalam.

Related posts

Leave a Comment