15,452 kes baharu Thailand

BANGKOK 5 Sept. – Thailand merekodkan 15,452 kes baharu Covid-19 dan 224 lagi kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,280,534 manakala jumlah yang meninggal dunia pula 12,855 orang.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, terdapat 14,956 kes tempatan, 28 kes import dan 468 lagi melibatkan banduan.

Bangkok terus merekodkan kematian yang tinggi iaitu 35 dan 51 di wilayah berhampiran iaitu Pathum Thani 22, Samut Sakhon 15, Samut Prakan 12,  Nakhon Pathom 2 manakala 138 lagi di wilayah lain iaitu Chachoengsao 30 dan Chonburi 20.

Di samping kematian, Bangkok juga merekodkan 3,906 kes baharu yang tinggi diikuti Samut Sakhon 988, Chonburi 938, Samut Sakhon 843, Ratchaburi 741, Nonthaburi 426, Rayong 402, Ayutthaya 354, Yala 353 dan Chachoengsao 348.

Kes import pula melibatkan ketibaan 15 orang dari Malaysia, sembilan dari Kemboja dan masing-masing satu dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Israel dan Myanmar.

Kes sembuh pula meningkat kepada 1,115,574 orang apabila 18,257 lagi dilaporkan sembuh.

Related posts

Leave a Comment