2,080,984 kes 20,089 sembuh

MANILA 5 Sept. – Filipina hari ini merekodkan 20,019 kes baharu Covid-19, turun sedikit berbanding 20,741 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,080,984 kes.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 173 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah kumulatif 34,234 kematian.

Di samping itu, DoH juga mencatatkan, 20,089 pesakit telah pulih dan ini meningkatkan jumlah kesembuhan kepada 1,889,312 orang atau 90.8 peratus.

Kes aktif pula 157,438 atau 7.6 peratus.

Related posts

Leave a Comment