15,772,760 individu lengkap 2 dos

PUTRAJAYA 5 Sept. – Sebanyak 15,772,760 individu atau 48.3 peratus daripada keseluruhan populasi di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) bagi tempoh yang sama, seramai 20,401,824 individu atau 62.5 peratus sudah menerima dos pertama.

Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 36,141,604 dos manakala peratusan populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos meningkat kepada 67.4 peratus .

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 300,501 dos diberikan, iaitu 165,942 merupakan dos kedua dan 134,559 adalah dos pertama.

Jumlah itu berkurangan berbanding 321,349 dos yang diberikan pada hari sebelumnya.

Related posts

Leave a Comment