191 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 5 Sept. –  Singapura melaporkan 186 kes baharu tempatan Covid-19 dan lima kes import setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 68,660 kes dan 55 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan, terdapat 90 kes tempatan tanpa hubung kait, 63 kes dikaitkan dengan kes-kes sebelum ini dan dikenakan kuarantin manakala 33 kes berhubung kait dikesan menerusi ujian pemantauan.

Dalam kalangan kes-kes baharu itu, empat merupakan warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum divaksin atau baru menerima satu suntikan vaksin dan berisiko menghidap sakit teruk.

Lima kes import sudahpun dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau pengasingan..

Related posts

Leave a Comment