Jumlah kumulatif 1,844,835

PUTRAJAYA 5 Sept. – Malaysia merekodkan 20,396 lagi kes jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif kini 1,844,835 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 336 kematian akibat Covid-19 direkodkan dan ini menjadikan jumlah kumulatif korban akibat wabak ini ialah 18,219.

Sebanyak 20,573 lagi kes pulih dilaporkan sekali gus menjadikan individu yang kembali sembuh adalah seramai 1,570,827.

Daripada jumlah kes harian hari ini, lapan kes import melibatkan enam warganegara dan dua bukan warganegara manakala bagi 20,388 kes sebanyak 17,858 adalah warganegara dan 2,530 bukan warganegara.

Sementara itu, 322 kes, 1.58% adalah Kategori 3, 4 & 5 : 74.5% tiada vaksinasi/tidak lengkap vaksinasi) manakala Kategori 1 & 2 : 20,074 kes, 98.42% (66.2% tiada vaksinasi/tidak lengkap vaksinasi)

Daripada 322 kes kategori 3 – 5, sebanyak 240 kes (74.5 peratus) terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 82 kes (25.5 peratus) daripada mereka yang telah lengkap di vaksinasi.

Sebanyak 13,519 kes (66.3 peratus) adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau telah menerima sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin atau telah menerima dua (2) dos vaksin tetapi tidak melebihi 14 hari dari tarikh dos kedua; manakala 6,877 kes (33.7 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

Sementara itu jumlah kes aktif adalah 255,789.

Turut dilaporkan ialah, 959 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 436 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment