Semua negeri ada kes baharu

PUTRAJAYA 30 Ogos – Semua negeri merekodkan kes baharu Covid-19 dengan Selangor mendahului negeri-negeri lain sementara Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Johor menunjukkan peningkatan manakala Labuan yang kekal dengan dua kes.

Lapan negeri mencatatkan kes empat angka dengan didahului Selangor yang merekodkan 3,567 kes, kali pertama di bawah 4,000 berbanding 4,591 semalam. Kali terakhir Selangor rekodkan kes bawah 4,000 adalah pada 7 Julai 2021.

Empat negeri merekodkan lebih 2,000 kes didahului Sabah yang merekodkan 2,310 berbanding 2,578 semalam diikuti Johor 2,265 (1,852), Kedah 2,084 (1,755) dan Sarawak 2,028 (2,522).

Pulau Pinang menunjukkan peningkatan kes harian dari 1,378 semalam kepada 1,780, Kelantan 1,308 (1,316), dan Perak 1,144 (1,208).

Pahang merekodkan 788 kes (839), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 672 (680),

Terengganu 544 (789), Melaka 395 (636), Negeri Sembilan 269 (329), Perlis 71 (56) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 41 (48).

Related posts

Leave a Comment