Filipina catat kes harian tertinggi

MANILA 30 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 22,366 kes jangkitan Covid-19, angka tertinggi yang direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,976,202.

Rekod tertinggi sebelum ini direkodkan pada Sabtu 28 Ogos lalu sebanyak 19,441 kes.

Sebanyak 16,864 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 1,794,278 orang pulih atau 90.8 peratus daripada keseluruhan kes.

DoH juga melaporkan sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 222 lagi meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 33,330 kematian manakala kes aktif pula sebanyak 148,594.

Related posts

Leave a Comment