Kes harian turun di Arab Saudi

RIYADH 25 Ogos – Empat hari berturut-turut Arab Saudi mengekalkan angka jangkitan berada di bawah paras 400 kes dengan merekodkan 321 kes hari ini berbanding 353 semalam serta 360 dan 385 pada hari-hari sebelumnya Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, lapan lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,505 dan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 543,028. Sebanyak 549 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 530,382 manakala kes aktif 4,141 dimana 1,083 dalam keadaan kritikal. Riyadh merekodkan kes jangkitan tertinggi dengan 74 kes, diikuti Makkah 57, daerah Timur  32,…

Read More

Kematian ke-6 di Brunei, 176 kes

BANDAR SERI BEGAWAN 24 Ogos – Brunei Darussalam hari ini merekodkan kematian keenam berkaitan jangkitan Covid-19 berikutan seorang lagi pesakit, lelaki berusia 55 tahun meninggal dunia hari ini. Menteri Kesihatan Dr. Mohamad Isham Jaafar berkata, lelaki itu diuji positif Covid-19 pada 15 Ogos lalu dan mengalami jangkitan paru-paru. Beliau juga memaklumkan 176 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,159 kes. Sebanyak 88 kes berkait dengan 18 kuster aktif menjadikan jumlah kes berkaitan semua 40 kluster adalah 1,389 manakala 88 lagi kes sedang dalam siasatan bagi mengenal…

Read More

Kes positif meningkat semula

PUTRAJAYA 25 Ogos – Malaysia sekali lagi merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 hari ini dengan 22,642 kes baharu dalam tempoh 24 jam berbanding 20,837 semalam menjadikan  angka keseluruhan meningkat kepada 1,616,244 kes.  Menurut Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 22,637 kes tempatan, 19,028 melibatkan warganegara dan 3,609 bukan warganegara manakala daripada lima kes import, empat kes adalah warganegara. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan setakat ini adalah 264,292. Manakala jumlah kes sembuh hari ini adalah sebanyak 20,798 dengan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 1,337,134 kes. Daripada 22,642 kes harian…

Read More

Saudi lulus Sinovac, Sinopharm

RIYADH 25 Ogos – Kerajaan Arab Saudi meluluskan penggunaan dua lagi vaksin Covid-19 iaitu Sinovac dan Sinopharm, tambahan kepada  empat jenis vaksin yang diluluskan iaitu AstraZeneca, Pfizer, Johnson & Johnson dan Moderna. Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, individu yang telah melengkapkan program vaksinasi dengan vaksin jenis Sinopharm atau Sinovac boleh memasuki negara itu sekiranya mereka menerima satu dos suntikan penggalak daripada senarai vaksin yang sudah diluluskan kerajaan negara itu. Setakat ini, Arab Saudi telah memberi vaksinasi kepada lebih 34.6 juta penduduknya, di mana 1.5 juta daripadanya merupakan warga emas. Kementerian…

Read More

CABARAN MENGURUS PERSEPSI RAKYAT

MAGHRIB 23 Ogos, apabila menerima beberapa keping gambar ‘rombongan’ Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob ke Yan, Kedah, perkara pertama yang terlintas di fikiran ketika itu adalah gambar-gambar berkenaan akan mengundang isu. Mengenali rakyat dan sebagai rakyat Malaysia, jangkaan gambar-gambar seumpama itu akan diperdebatkan bukanlah sesuatu yang luar biasa. Andaian itu nyata benar apabila plebagai kritikan dibuat sehingga ke hari ini. Semuanya negatif. Ia bukan kerana isu Pak Long Mail menggunakan kemudahan jet. Tidak juga salah guna kuasa . Itu hak Perdana Menteri bagi tugasan rasmi. Netizen ‘meluat’ melihat orang politik…

Read More

120 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 25 Ogos – Singapura melaporkan 118 kes baharu tempatan Covid-19 setakat tengah hari ini serta dua kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan setakat ini 66,812 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, terdapat 26 kes tempatan yang  berhubung kait dengan kluster asrama pekerja North Coast Lodge di Woodlands dan 25 daripada kes baharu dalam kelompok dormitori itu sudah dikuarantin lebih awal. Bagi kes jangkitan tempatan, terdapat dua pesakit berusia lebih 70 tahun yang sama ada belum divaksin sama sekali atau sudahpun menerima suntikan dos pertama serta berisiko mengalami penyakit serius. Semalam…

Read More

Kerajaan, pembangkang perkasa Parlimen

PUTRAJAYA 25 Ogos – Pembangkang bersetuju bekerjasama dengan kerajaan dalam memperkasa fungsi Parlimen sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif serta menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka juga bersetuju dan memahami pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks Keluarga Malaysia. Katanya, persetujuan berkenaan dicapai pada pertemuan lebih satu jam di antara beliau dengan pimpinan pembangkang itu susulan nasihat Yang di-Pertuan Agong,…

Read More

13,573 kes baharu di Filipina

MANILA 25 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 13,573 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,883,088. Setakat pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 32,492 orang berikutan 228 lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19. Pada masa yang sama, sebanyak 15,820 lagi pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 1,725,218 atau 91.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Kes aktif pula sebanyak 125,378 atau 6.7 peratus.

Read More

Kematian di Thailand cecah 10,000

BANGKOK 25 Ogos – Jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 di Thailand kini mencecah 10,000 orang apabila 297 lagi dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 10,085 orang. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 18,417 kes baharu dilaporkan, berbanding 17,165 semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,102,368 kes. Daripada 18,417 kes baharu itu, sebanyak 18,271 kes melibatkan orang awam (termasuk 10 kes import) dan 146 dalam kalangan banduan. Pada masa yang sama, sebanyak 21,186 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 903,015 orang. Sementara itu…

Read More

Kes meningkat semula di Selangor

PUTRAJAYA 25 Ogos – Beberapa negeri menunjukkan peningkatan kes harian Covid-19 dengan Selangor kembali mencatatkan kenaikan sekaligus mendorong jumlah kes di peringkat negara naik kepada 22,642 berbanding 20,837 semalam. Selangor yang mencatatkan 4,645 kes semalam hari ini naik kepada 6,325 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu 572,796 manakala Sabah merekodkan penurunan dari 3,376 semalam kepada 3,224 kes Kedah juga mencatatkan peningkatan dengan 2,279 berbanding 1,772 semalam, Johor 1,832 (1,743), Sarawak 1,667 (1,543), Pulau Pinang 1,427 (2,054), Kelantan 1,424 (1,422), Perak 1,390 (1,242) dan Kuala Lumpur 1,128 (1,284). Terengganu merekodkan…

Read More