13,573 kes baharu di Filipina

MANILA 25 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 13,573 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,883,088.

Setakat pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 32,492 orang berikutan 228 lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Pada masa yang sama, sebanyak 15,820 lagi pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 1,725,218 atau 91.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kes aktif pula sebanyak 125,378 atau 6.7 peratus.

Related posts

Leave a Comment