Kes harian turun di Arab Saudi

RIYADH 25 Ogos – Empat hari berturut-turut Arab Saudi mengekalkan angka jangkitan berada di bawah paras 400 kes dengan merekodkan 321 kes hari ini berbanding 353 semalam serta 360 dan 385 pada hari-hari sebelumnya

Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, lapan lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,505 dan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 543,028.

Sebanyak 549 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 530,382 manakala kes aktif 4,141 dimana 1,083 dalam keadaan kritikal.

Riyadh merekodkan kes jangkitan tertinggi dengan 74 kes, diikuti Makkah 57, daerah Timur  32, dan Qassim  32 .

Related posts

Leave a Comment