Saudi lulus Sinovac, Sinopharm

RIYADH 25 Ogos – Kerajaan Arab Saudi meluluskan penggunaan dua lagi vaksin Covid-19 iaitu Sinovac dan Sinopharm, tambahan kepada  empat jenis vaksin yang diluluskan iaitu AstraZeneca, Pfizer, Johnson & Johnson dan Moderna.

Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, individu yang telah melengkapkan program vaksinasi dengan vaksin jenis Sinopharm atau Sinovac boleh memasuki negara itu sekiranya mereka menerima satu dos suntikan penggalak daripada senarai vaksin yang sudah diluluskan kerajaan negara itu.

Setakat ini, Arab Saudi telah memberi vaksinasi kepada lebih 34.6 juta penduduknya, di mana 1.5 juta daripadanya merupakan warga emas.

Kementerian Kesihatannya turut mengumumkan lebih 13 juta daripada penduduk negara itu sudah menerima dua dos vaksin.

Arab Saudi dijangka mampu memvaksin 70 peratus daripada penduduknya menjelang 9 Oktober depan.

Related posts

Leave a Comment