Kematian ke-6 di Brunei, 176 kes

BANDAR SERI BEGAWAN 24 Ogos – Brunei Darussalam hari ini merekodkan kematian keenam berkaitan jangkitan Covid-19 berikutan seorang lagi pesakit, lelaki berusia 55 tahun meninggal dunia hari ini.

Menteri Kesihatan Dr. Mohamad Isham Jaafar berkata, lelaki itu diuji positif Covid-19 pada 15 Ogos lalu dan mengalami jangkitan paru-paru.

Beliau juga memaklumkan 176 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,159 kes.

Sebanyak 88 kes berkait dengan 18 kuster aktif menjadikan jumlah kes berkaitan semua 40 kluster adalah 1,389 manakala 88 lagi kes sedang dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan.

Sementara itu, sebanyak 69:pesakit dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih 537 orang.

Ini bermakna 1,614 adalah kes aktif di mana lima dalam keadaan kritikal,empat orang  daripadanya memerlukan bantuan pernafasan dan satu kes memerlukan bantuan mesin tambahan heart / lung machine (ECMO).

Sebanyak 30 lagi kes dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif bagi pemantauan rap

Related posts

Leave a Comment