Kes meningkat semula di Selangor

PUTRAJAYA 25 Ogos – Beberapa negeri menunjukkan peningkatan kes harian Covid-19 dengan Selangor kembali mencatatkan kenaikan sekaligus mendorong jumlah kes di peringkat negara naik kepada 22,642 berbanding 20,837 semalam.

Selangor yang mencatatkan 4,645 kes semalam hari ini naik kepada 6,325 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu 572,796 manakala Sabah merekodkan penurunan dari 3,376 semalam kepada 3,224 kes

Kedah juga mencatatkan peningkatan dengan 2,279 berbanding 1,772 semalam, Johor 1,832 (1,743), Sarawak 1,667 (1,543), Pulau Pinang 1,427 (2,054), Kelantan 1,424 (1,422), Perak 1,390 (1,242) dan Kuala Lumpur 1,128 (1,284).

Terengganu merekodkan peningkatan kes kepada 744 berbanding 383 semalam, Pahang 522 (521), Melaka 342 (396), Negeri Sembilan 269 (351), Perlis 44 (74) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 21 (27).

Perlis mencatatkan 44 kes harian, turun sedikit berbanding 74 semalam.

Related posts

Leave a Comment