120 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 25 Ogos – Singapura melaporkan 118 kes baharu tempatan Covid-19 setakat tengah hari ini serta dua kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan setakat ini 66,812 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, terdapat 26 kes tempatan yang  berhubung kait dengan kluster asrama pekerja North Coast Lodge di Woodlands dan 25 daripada kes baharu dalam kelompok dormitori itu sudah dikuarantin lebih awal.

Bagi kes jangkitan tempatan, terdapat dua pesakit berusia lebih 70 tahun yang sama ada belum divaksin sama sekali atau sudahpun menerima suntikan dos pertama serta berisiko mengalami penyakit serius.

Semalam MoH menyatakan ujian operasi di North Coast Lodge sudahpun selesai tetapi tidak menyatakan hasil keputusannya.

Kementerian memaklumkan setakat Selasa, lebih 5,300 penghuni di asrama itu sudah menjalani ujian swab.

Related posts

Leave a Comment