Kes harian Saudi 499

RIYADH 19 Ogos – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan penurunan dengan merekodkan 499 kes berbanding 569 kes yang direkodkan semalam. Mengikut rekod sebelum ini, sebanyak 681 kes dicatatkan pada 13 Ogos diikuti 14 Ogos (609), 15 Ogos 542 dan 604 kes pada 16 Ogos. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 540,743 kes dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 8,449 orang termasuk 10 yang direkodkan hari ini. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, sebanyak 877 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 526,436. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 145,…

Read More

Longgar bukan bermakna selamat

PUTRAJAYA 19 Ogos – Bukan bermakna selamat ! Itu ingatan yang cuba disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berhubung kelonggaran beberapa kemudahan untuk individu lengkap vaksinasi di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula esok. Ini kerana kelonggaran yang diberikan adalah atas faktor ekonomi dan bukan kerana persekitaran sudah selamat daripada jangkitan Covid-19. Justeru Dr Noor Hisham mengingatkan orang ramai supaya terus memakai pelitup muka termasuk yang dua lapis jika perlu, mengamalkan penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan. “Elak tempat sesak dan sempit. Jaga diri dan segera…

Read More

Brunei catat 190 kes tempatan

BANDAR SERI BEGAWAN 19 Ogos – Kes jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam meningkat kepada 1,136 selepas 190 lagi kes baharu dilaporkan hari ini. Menteri Kesihatan Dr. Md Isham Jaafar berkata kenaikan mendadak itu disebabkan keputusan ujian makmal tertunggak yang baru diterima. Katanya, 150 kes baharu itu adalah hasil daripada 2,280 sampel yang dihantar untuk  ujian ke Singapura. “Ini bermakna hanya 40 kes polistif dikesan oleh Jabatan Perkhidmatan Makmal dalam masa 24 jam lalu” katanya pada sidang media status terkini jangkitan Covid-19 petang ini. Terdapat pertambahan kes bagi kluster aktif sedia…

Read More

29 kes tempatan di Singapura

SINGAPURA 19 Ogos – Singapura melaporkan 29 kes tempatan baharu Covid-19 dan tiga kes import setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 66,366 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 13 kes tanpa hubung kait dengan kes terdahulu, 11 kes terkait dengan kes lalu dan sudahpun dikuarantin dan lima lagi kes berhubung kait dikesan melalui ujian pemantauan. Selain itu, terdapat tiga kes import yang sudahpun diletakkan di bawah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di negara ini. Satu daripada kes-kes jangkitan itu dikesan sewaktu tiba di…

Read More

22,948 kes harian tertinggi

PUTRAJAYA 19 Ogos – Malaysia mencatatkan kes positif Covid-19 harian tertinggi dua hari berturut-turut apabila 22,948 kes dilaporkan hari ini berbanding, 22,242 kes yang direkodkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata,  jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di negara ini kini meningkat kepada 1,489,460 kes. Katanya, daripada kes harian yang dilaporkan hari ini, sembilan daripadanya adalah kes import manakala 22,939 adalah penularan tempatan. Daripada 22,948 kes itu, sebanyak 457 kes (2.0 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5 manakala sebanyak 22,491 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri…

Read More

14,895 kes baharu di Filipina

MANILA 19 Ogos – Jumlah kumulatif kes jangkitan Covid-19 di Filipina meningkat kepada 1,791,003 selepas 14,895 orang lagi disahkan positif. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sebanyak 258 lagi meninggal dunia disebabkan Covid-19 dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 30,881 kematian. Setakat pukul 4 petang ini juga, kes sembuh meningkat kepada 1,648,402 orang atau 92.0 peratus apabila 8,248 lagi pesakit dilaporkan sembuh. Kes aktif pula sebanyak 111,720 atau 6.2 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More

Thailand catat 20,902 kes baharu

BANGKOK 19 Ogos – Sebanyak 301 meninggal dunia dan 20,902 kes jangkitan harian Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 8,586 kematian dan 989,859 kes positif. Sebanyak 20,754 kes melibatkan penduduk awam termasuk 24 kes import dan 148 dalam kalangan banduan. Kes sembuh pula meningkat kepada 775,327 orang termasuk 22,208 yang dilaporkan sembuh hari ini manakala 301 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 8,586 kematian. Kematian melibatkan individu yang berumur antara 26 hingga 105 tahun, 61 peratus orang tua, 23 peratus menghidap penyakit kronik yang yang terdiri daripada 287 warga Thai, 11…

Read More

Sembilan negeri catat empat angka

PUTRAJAYA 19 Ogos – Sembilan negeri dan wilayah mencatatkan kes empat angka, didahului Selangor dengan 7,175 kes jangkitan harian hari ini yang membawa negara mencatatkan kes tertinggi sebanyak 22,948 kes. Angka yang direkodkan Selangor terus meningkat berbanding 6,858 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan di negeri itu 538,146. Sabah terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,583 kes berbanding 2,413 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 113,929 kes. Kedah juga menunjukkan peningkatan daripada 1,852 kepada 2,137, Pulau Pinang 1,655 (1,867), Johor 1,526 (1,477), Kuala Lumpur 1,439 (1,587), Kelantan 1,271 (1,351), Perak 1,229…

Read More

77% lengkap 2 dos di Singapura

SINGAPURA 19 Ogos – Lebih 8.4 juta dos vaksin Covid-19 telah diagihkan kepada rakyat Singapura di bawah program vaksinasi nasional, dengan 4,170,573 individu telah melengkapi vaksinasi penuh setakat Selasa lalu. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) di samping itu sebanyak 153,020 dos vaksin lain yang diiktiraf dalam Senarai Penggunaan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) diberikan yang meliputi 84,172 individu. Secara keseluruhan, 77 peratus penduduk Singapura sudah melengkapi vaksinasi mereka atau menerima dua dos vaksin Covid-19, sementara 82 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos. Sementara itu, jumlah kes baharu dalam masyarakat merosot daripada 448…

Read More

Dos kedua harian atasi dos pertama

PUTRAJAYA 19 Ogos – Sebanyak 75.3 peratus atau 17,625,760 yang mewakili 75.3 peratus penduduk dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 sehingga semalam. Pada masa yang sama, 50.2 peratus atau 11,743,096 daripada keseluruhan penduduk dewasa negara ini, sudah melengkapkan dos vaksin masing-masing. Semalam, suntikan harian mencecah 531,114 dos membabitkan 188,474 dos pertama, dan 342,640 adalah dos kedua. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), Selangor merekodkan jumlah harian dos tertinggi dengan lebih 12,000 dos bagi dos pertama dan lebih 96,000 dos kedua. Johor, dengan lebih…

Read More