Kes harian Saudi 499

RIYADH 19 Ogos – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan penurunan dengan merekodkan 499 kes berbanding 569 kes yang direkodkan semalam.

Mengikut rekod sebelum ini, sebanyak 681 kes dicatatkan pada 13 Ogos diikuti 14 Ogos (609), 15 Ogos 542 dan 604 kes pada 16 Ogos.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 540,743 kes dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 8,449 orang termasuk 10 yang direkodkan hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, sebanyak 877 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 526,436.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 145, diikuti Makkah 84, Jazan 49, dan Timur 46 jangkitan..

Related posts

Leave a Comment