14,895 kes baharu di Filipina

MANILA 19 Ogos – Jumlah kumulatif kes jangkitan Covid-19 di Filipina meningkat kepada 1,791,003 selepas 14,895 orang lagi disahkan positif.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), sebanyak 258 lagi meninggal dunia disebabkan Covid-19 dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 30,881 kematian.

Setakat pukul 4 petang ini juga, kes sembuh meningkat kepada 1,648,402 orang atau 92.0 peratus apabila 8,248 lagi pesakit dilaporkan sembuh.

Kes aktif pula sebanyak 111,720 atau 6.2 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment