Sembilan negeri catat empat angka

PUTRAJAYA 19 Ogos – Sembilan negeri dan wilayah mencatatkan kes empat angka, didahului Selangor dengan 7,175 kes jangkitan harian hari ini yang membawa negara mencatatkan kes tertinggi sebanyak 22,948 kes.

Angka yang direkodkan Selangor terus meningkat berbanding 6,858 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan di negeri itu 538,146.

Sabah terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,583 kes berbanding 2,413 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 113,929 kes.

Kedah juga menunjukkan peningkatan daripada 1,852 kepada 2,137, Pulau Pinang 1,655 (1,867), Johor 1,526 (1,477), Kuala Lumpur 1,439 (1,587), Kelantan 1,271 (1,351),

Perak 1,229 (1,036) dan Sarawak 1,206 (1,403).

Negeri lain turut mencatatkan pertambahan kes iaitu Melaka dengan 737 (579), Pahang 736 (675), Terengganu 621 (487), Negeri Sembilan 556 (577), Perlis 42 (50) dan Putrajaya 26 (25).

Labuan yang merekodkan lima kes semalam mencatatkan sembilan kes.

Related posts

Leave a Comment