Brunei catat 190 kes tempatan

BANDAR SERI BEGAWAN 19 Ogos – Kes jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam meningkat kepada 1,136 selepas 190 lagi kes baharu dilaporkan hari ini.

Menteri Kesihatan Dr. Md Isham Jaafar berkata kenaikan mendadak itu disebabkan keputusan ujian makmal tertunggak yang baru diterima.

Katanya, 150 kes baharu itu adalah hasil daripada 2,280 sampel yang dihantar untuk  ujian ke Singapura.

“Ini bermakna hanya 40 kes polistif dikesan oleh Jabatan Perkhidmatan Makmal dalam masa 24 jam lalu” katanya pada sidang media status terkini jangkitan Covid-19 petang ini.

Terdapat pertambahan kes bagi kluster aktif sedia ada iaitu Kluster Champion 7 & Related Vessels merekodkan 98 kes, Kluster Chung Hua KB, BSP HQ Cluster Block M (5), Kluster Aker (Cluster PA) (5), Al-Falah/Freda-Radin (5), Kluster IBTE KB (4).

Kluster The Mall (4), Kluster 477 (3), Kluster ABCi (2), Kluster Dragonboat (1) dan Kluster 573 (1).

Lima kes baharu dikaitkan dengan kes 583 yang dilaporkan pada 13 Ogos lalu dan kini dikenali sebagai Kluster 583.

Terdapat 51 kes masih dalam siasatan untuk mengetahui sumber jangkitan.

“Kes dalam kluster aktif ini  adalah mereka yang sedang menjalani kuarantin setelah didapati mempunyai kontak dengan beberapa kes positif sebelum ini,” katanya.

Sebanyak lima kes disahkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 343 dan tetdapat 790 kes aktif

Dalam kalangan kes aktif itu terdapat tiga kes dalam keadaan kritikal di mana dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan dan 12 kes masih dalam pemantauan rapi. Daripada 15 kes hanya seorang menerima vaksin yang lengkap.

Related posts

Leave a Comment