Thailand catat 20,902 kes baharu

BANGKOK 19 Ogos – Sebanyak 301 meninggal dunia dan 20,902 kes jangkitan harian Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 8,586 kematian dan 989,859 kes positif.

Sebanyak 20,754 kes melibatkan penduduk awam termasuk 24 kes import dan 148 dalam kalangan banduan.

Kes sembuh pula meningkat kepada 775,327 orang termasuk 22,208 yang dilaporkan sembuh hari ini manakala 301 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 8,586 kematian.

Kematian melibatkan individu yang berumur antara 26 hingga 105 tahun, 61 peratus orang tua, 23 peratus menghidap penyakit kronik yang yang terdiri daripada 287 warga Thai, 11 Myanmar, masing-masing seorang Kemboja, China dan Amerika.

Bangkok merekodkan  79 kematian dan antara  kes yang dilaporkan termasuk melibatkan seorang meninggal dunia di penjara, seorang jururawat, tiga wanita mengandung dan empat meninggal dunia di rumah.

Kes harian tertinggi direkodkan di Bangkok sebanyak 4,392 kes diikuti Samut Sakhon 1,739, Chonburi 1,322, Samut Prakan 937, Nakhon Pathom 644, Nakhon Ratchasima 639, Ratchaburi 585, Nonthaburi 495, Saraburi 481 dan Chachoengsao 472.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari Emiriyah Arab Bersatu (1), Israel (2 dari Phuket Sandbox), Malaysia (1), Laos (1), Kemboja (6) dan Myanmar (13).

Setakat semalam, 205,946 pesakit mendapatkan rawatan di hospitals di mana 5,439 dalam keadaan serius dan 1,168 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment