Dos kedua harian atasi dos pertama

PUTRAJAYA 19 Ogos – Sebanyak 75.3 peratus atau 17,625,760 yang mewakili 75.3 peratus penduduk dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 sehingga semalam.

Pada masa yang sama, 50.2 peratus atau 11,743,096 daripada keseluruhan penduduk dewasa negara ini, sudah melengkapkan dos vaksin masing-masing.

Semalam, suntikan harian mencecah 531,114 dos membabitkan 188,474 dos pertama, dan 342,640 adalah dos kedua.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), Selangor merekodkan jumlah harian dos tertinggi dengan lebih 12,000 dos bagi dos pertama dan lebih 96,000 dos kedua.

Johor, dengan lebih 33,000 dos pertama manakala dos kedua melebihi 37,000.

Sabah pula mencatat lebih 27,000 dos pertama diberi manakala dos kedua pula melebihi 30,000.

Setakat ini, jumlah kumulatif pemberian vaksin Covid-19 meningkat kepada 29,368,856 dos sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan 24 Februari lalu.

Malaysia kini berada dalam Fasa Tiga PICK yang dijangka selesai pada Mei tahun depan, membabitkan pemberian vaksin kepada 13.7 juta penduduk berusia 18 tahun ke atas serta kalangan warga asing yang berada di negara ini.

Sementara itu Labuan kekal di tangga teratas apabila seramai 61,635 orang atau 90 peratus penduduk dewasa sudah lengkap divaksin, manakala 68,174 atau 99.5 peratus sudah menerima dos pertama.

Bagi yang menerima dos pertama di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan seramai 6,553,311 orang.

Related posts

Leave a Comment