796 kes baharu di Saudi

RIYADH 9 Ogos – Arab Saudi merekodkan 796 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 534,312 kes. Pada masa yang sama seramai 11 lagi meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,345 orang. Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh yang sama, seramai 557 orang dilaporkan pulih dengan jumlah keseluruhan kes pulih 515,539. Sementara itu Makkah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 142 kes dikuti Riyadh 134, Timur 132, dan Jazan  83 . Terdapat 10,428 kes aktif dan 1,393 dilaporkan dalam keadaan kritikal. Kadar vaksinasi pula menunjukkan  lebih 30 juta sudah disuntik

Read More

2 dos: 3.97 juta nikmati kemudahan

PUTRAJAYA 9 Ogos – Seramai 3.97 juta penduduk yang lengkap divaksinasi di negeri dalam Fasa 2 dan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), setakat semalam, bakal menikmati manfaat kemudahan yang berkuat kuasa 10 Ogos.. Menteri Kanan Luar Negeri, Hishammuddin Hussein, berkata keputusan memberikan kemudahan itu dibuat secara berhati-hati berdasarkan pelaksanaan PPN dan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Katanya, ia memfokus kepada kesihatan, keselamatan, ekonomi, kelangsungan perniagaan dan kesejahteraan rakyat. Dengan kebenaran untuk memanfaatkan beberapa kemudahan ini, kerajaan berharap rakyat khususnya mereka yang sudah lengkap divaksinasi, akan berasa sedikit lega. “Kerajaan…

Read More

Jangan salah guna kelonggaran

PUTRAJAYA 9 Ogos – Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 akan memantau sebarang kegiatan pemalsuan sijil vaksinasi digital, berikutan pemberian kemudahan tertentu kepada golongan yang lengkap imunisasi. Menteri Kanan Luar Negeri,  Hishammuddin Hussein, berkata jawatankuasa itu yang diketuai Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, bagaimanapun tidak akan dapat memantau semua kes berkenaan. Justeru, beliau berkata, kerajaan negeri, kementerian dan agensi berkaitan perlu bekerjasama memastikan isu itu dapat ditangani secara menyeluruh. “Tindakan tidak bertanggungjawab sedemikian perlu dibawa ke muka pengadilan. Saya juga berharap orang ramai bekerjasama memaklumkan kepada…

Read More

PUTRAJAYA 9 Ogos – Malaysia merekodkan pertambahan kes harian Covid-19 sebanyak 17,236 kes, menjadikan jumlah keseluruhannya sejak pandemik itu bermula sebanyak 1,279,776 kes. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 227,230.. Daripada 17,236 kes harian itu, sebanyak 372 kes (2.2 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5 manakala sebanyak 16,864 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa Covid-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang…

Read More

69 tempatan, 3 import di Singapura

SINGAPURA 9 Ogos – Singapura melaporkan 69 kes tempatan baharu Covid-19 dan tiga kes import menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 65,836 orang dengan 42 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, kes tempatan hari ini termasuk 20 yang tidak berhubung kait dengan kes-kes lalu, 39 kes berkait dengan kes-kes sebelumnya sudahpun dikuarantin dan baki 10 kes dikesan melalui ujian pemantauan. Dalam kalangan kes baharu Covid-19 itu, dua adalah warga tua berusia 70 tahun ke atas yang belum divaksin atau sudahpun menerima suntikan pertama vaksin dan berisiko menghadapi penyakit serius.. Selain itu, tiga kes…

Read More

Kelantan lepasi 50,000 kes

PUTRAJAYA 9 Ogos – Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,740 kes berbanding 6,565 semalam sementara Kelantan mencatatkan jumlah keseluruhan melepasi 50,000 kes iaitu 50,347 kes. Perlis juga menunjukkan peningkatan kes apabila merekodkan 22 kes berbanding enam kes semalam. Selain Selangor, lima lagi negeri merekodkan lebih 1,000 kes harian iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,567 berbanding 1,883 semalam, Kedah 1,328 (1,610), Sabah 1,247 (1,379), Johor 1,232 (1,308) dan Negeri Sembilan 1,215 (1,140) Menghampiri 1,000 kes adalah Perak 935 (861), Kelantan 914 (870) dan Pulau Pinang 908 (694), Pahang…

Read More

Kes baharu Brunei terus meningkat

BANDAR SERI BEGAWAN 9 Ogos – Hari ketiga berturut-turut, Brunei Darussalam terus mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 apabila merekodkan 38 kes jangkitan tempatan dan empat kes import. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan setakat ini adalah 406 kes dengan tiga kematian. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar dalam sidang media petang ini berkata, dua lagi kluster baharu dikenal pasti iaitu Chung Hwa Kuala Belait dan ABCi. Sabtu lalu negeri itu merekodkan tujuh kes tempatan dan semalam 15 kes tempatan. Untuk rekod, kes jangkitan tempatan terakhir dilaporkan di negeri itu…

Read More

Kes di Thailand di bawah 20,000

BANGKOK 9 Ogos – Thailand merekodkan 149 kematian dan 19,603 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 776,108 kes. Angka tersebut lebih rendah selepas empat hari Thailand merekodkan lebih 20,000 kes dengan angka tertinggi 21,838 dan 212 kematian juga tertinggi pada Sabtu. Daripada jumlah kes hari ini, 19,290 adalah melibatkan orang awam (termasuk 12 kes import) manakala 313 lagi terdiri daripada banduan. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 19,819 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 555,334 orang. Jumlah yang dirawat pula sebanyak 214,421…

Read More

Hari Kebangsaan Singapura sederhana

SINGAPURA menyambut Hari Kebangsaan hari ini, 9 Ogos secara sederhana dan ringkas akibat Covid-19 dengan mengadakan Perbarisan Istiadat daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team yang berlangsung di Pentas Terapung @ Marina Bay. Dengan jemputan terhad termasuk para Menteri Kabinet, Anggota Parlimen dan kakitangan barisan hadapan – sekitar 100 orang,  jauh lebih kecil berbanding 27,000 orang yang biasanya dapat ditampung di sana. Perbarisan disertai 600 peserta kurang sepertiga daripada jumlah yang menyertai perbarisan-perbarisan sebelum ini di pentas tersebut. Jumlah yang dikurangkan itu adalah antara beberapa langkah keselamatan yang diambil…

Read More