796 kes baharu di Saudi

RIYADH 9 Ogos – Arab Saudi merekodkan 796 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 534,312 kes.

Pada masa yang sama seramai 11 lagi meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,345 orang.

Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh yang sama, seramai 557 orang dilaporkan pulih dengan jumlah keseluruhan kes pulih 515,539.

Sementara itu Makkah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 142 kes dikuti Riyadh 134, Timur 132, dan Jazan  83 .

Terdapat 10,428 kes aktif dan 1,393 dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Kadar vaksinasi pula menunjukkan  lebih 30 juta sudah disuntik

Related posts

Leave a Comment