69 tempatan, 3 import di Singapura

SINGAPURA 9 Ogos – Singapura melaporkan 69 kes tempatan baharu Covid-19 dan tiga kes import menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 65,836 orang dengan 42 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan, kes tempatan hari ini termasuk 20 yang tidak berhubung kait dengan kes-kes lalu, 39 kes berkait dengan kes-kes sebelumnya sudahpun dikuarantin dan baki 10 kes dikesan melalui ujian pemantauan.

Dalam kalangan kes baharu Covid-19 itu, dua adalah warga tua berusia 70 tahun ke atas yang belum divaksin atau sudahpun menerima suntikan pertama vaksin dan berisiko menghadapi penyakit serius..

Selain itu, tiga kes import dilaporkan dan kesemuanya sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Satu kes dikesan sewaktu tiba di negara ini manakala dua kes mengalami penyakit itu ketika menjalani SHN atau pengasingan.

Related posts

Leave a Comment