PUTRAJAYA 9 Ogos – Malaysia merekodkan pertambahan kes harian Covid-19 sebanyak 17,236 kes, menjadikan jumlah keseluruhannya sejak pandemik itu bermula sebanyak 1,279,776 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 227,230..

Daripada 17,236 kes harian itu, sebanyak 372 kes (2.2 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5 manakala sebanyak 16,864 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa Covid-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, hanya 4,556 kes (26.4 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi Covid-19.

Selain itu kadar kematian hari ini melaporkan pertambahan sebanyak 212 kes, menjadikan angka kumulatif sebanyak 10,961 kematian..

Selangor merekodkan 76 kematian, 24 kes di Johor, 20 di Kedah, 18 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 16 di Pahang, 14 di Negeri Sembilan, 12 di Pulau Pinang, 11 di Sabah, lapan kes di Melaka, lima di Terengganu, empat kes di Kelantan, dua kes di Perak, serta masing-masing satu kes di Perlis dan Sarawak.

Kes yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah sebanyak 1,095 kes dan daripada jumlah itu, 579 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah kes pulih baharu melaporkan sebanyak 15,187 kes dengan jumlah keseluruhan kes sembuh kini, 1,041,585.

Related posts

Leave a Comment