Kes di Thailand di bawah 20,000

BANGKOK 9 Ogos – Thailand merekodkan 149 kematian dan 19,603 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 776,108 kes.

Angka tersebut lebih rendah selepas empat hari Thailand merekodkan lebih 20,000 kes dengan angka tertinggi 21,838 dan 212 kematian juga tertinggi pada Sabtu.

Daripada jumlah kes hari ini, 19,290 adalah melibatkan orang awam (termasuk 12 kes import) manakala 313 lagi terdiri daripada banduan.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 19,819 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 555,334 orang.

Jumlah yang dirawat pula sebanyak 214,421 kes.

Kes kematian pula, 65 peratus adalah berumur 60 tahun atau lebih dan perangkaan dari 18 Julai sehingga semalam, daripada 2,417 kematian, 1,371 berumur sekurang-kurangnya 60 tahun.

Sementara itu, Bangkok mendahului wilayah lain merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,114 kes.

Ini diikuti Samut Prakan 1,388, Samut Sakhon 1,378, Chonburi 1,318, Nonthaburi 803, Pathum Thani 708, Ubon Ratchathani 615, Nakhon Pathom 557 Saraburi 504 dan Nakhon Ratchasima 440.

Dua belas kes import pula melibatkan tiga masing-masing dari Malaysia dan Myanmar, dua masing-maaing dua dari Rusia, United Kingdom dan Ame

Related posts

Leave a Comment