Siapa sebenarnya ada angka

SEMALAM apabila Ahli Parlimen Besut Idris Jusoh dan Ahli Parlimen Maran Ismail Abd. Muttalib menyatakan pendirian menyokong kepemimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN), timbul persoalan siapa sebenarnya mempunyai nombor atau angka. Kenyataan rasmi mereka berdua bukanlah sesuatu yang baharu kerana sebelum itu pun ada dalam kalangan wakil rakyat BN atau UMNO yang secara terang-terangan tetap menyokong kerajaan PN sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang. Bezanya, kenyataan beberapa orang seperti Nazri Aziz, Shahidan Kassim dan Annuar Musa lebih awal manakala Idris dan Ismail tampil selepas mendapat arahan Presiden UMNO atas nama…

Read More

39,532 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 6 Ogos –  Indonesia merekodkan 39,532 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan jumlah keseluruhan 3,607,863 orang. Menurut data Satuan Tugas Penanganan Covid-19, penambahan tertinggi  direkodkan di Jawa Barat sebanyak 4,580 kes dan Jawa Timur 4.490 kes. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 48.832 orang sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,996,478 pulih manakala kes aktif pula sebanyak 507,375. Jumlah kematian juga meningkat apabila 1,635 lagi dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 104,010 kematian. Sementara itu, setakat tengah hari ini, jumlah masyarakat yang sudah divaksinasi dos kedua meningkat kepada 22,891,824…

Read More

85 kes positif di Parlimen

PUTRAJAYA 6 Ogos – Sebanyak 85 kes positif dikesan di Parlimen, setakat ini hasil saringan menggunakan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR), kata Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah. Menurut beliau, sebanyak 56 kes dikenal pasti melalui saringan sebelum Mesyuarat Khas Dewan Rakyat dan empat lagi ialah kes kontak rapat. Jelasnya, 17 kes lagi dikesan berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat berlangsung, termasuk lima kes baharu yang dilaporkan antara 30 Julai hingga 5 Ogos lalu dan tiga kes kontak rapat. “Lapan kes melalui saringan sebelum Mesyuarat Khas Dewan Negara. Setakat ini, enam sampel…

Read More

Terus catat peningkatan kes harian

PUTRAJAYA 6 Ogos – Kes jangkitan baharu Covid-19 dalam negara kekal pada paras 20,000 dengan 20,889 kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, meningkat dari 20,596 kes semalam. Jumlah kes baharu ini merupakan angka tertinggi sejak pandemik itu bermula lebih setahun lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, dengan kes baharu ini ia menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 dalam negara kini sebanyak 1,224,595. Daripada 20,889 kes itu, sebanyak 273 kes (1.3 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5 manakala sebanyak 20,616 kes (98.7 peratus) lagi adalah terdiri…

Read More

Virus Covid-19 sudah menular

PUTRAJAYA 6 Ogos – Kes harian Covid-19 yang meningkat sejak beberapa minggu ini menunjukkan bahawa jangkitan virus sudah menular dalam komuniti, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata turut menunjukkan peningkatan adalah jumlah kluster jangkitan Covid-19 yang bertambah daripada 286 kluster dalam tempoh antara 23 Jun hingga 6 Julai 2021, kepada 347 kluster dalam tempoh antara 7 Julai hingga 20 Julai 2021. Dalam kenyataan media hari ini, beliau berkata, peningkatan seterusnya dilihat dalam tempoh antara 21 Julai  hingga 1 Ogos 2021, membabitkan 401 kluster. Katanya, dalam tempoh sama,…

Read More

97 kes, satu kematian baharu

SINGAPURA 6 Ogos – Sebanyak 93 kes tempatan Covid-19 dan empat kes import dilaporkan di Singapura hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 65,605 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) 56 kes jangkitan tempatan berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan sudah pun dikenakan kuarantin. Lapan lagi berkait dengan kes terdahulu dan 29 kes lagi tidak mempunyai hubung kait pada waktu ini. Dalam kalangan kes hari ini, terdapat seorang warga emas berusia lebih 70 tahun yang sudah menerima satu dos vaksin dan keadaanya berisiko menghidap jangkitan serius. Selain itu, empat kes import sudah pun…

Read More

Selangor, KL sumbang 10,712 kes

PUTRAJAYA 6 Ogos – Selangor terus menambah kes jangkitan Covid-19 hari ini dengan merekodkan 8,792 berbanding 8,549 semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang dicatatkan sebanyak 451,366 kes. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga masih merekodkan angka yang tinggi dengan jumlah kes harian hari ini meningkat kepada 2,483  berbanding 2,163 semalam. Dengan perkembangan ini, Selangor dan Kuala Lumpur menyumbang 10,712 kes daripada jumlah seluruh negara hari ini iaitu 20,889. Sementara itu tiga negeri merekodkan lebih 1,000 kes harian iaitu Kedah 1,371 kes berbanding 1,446 semalam, Sabah 1,291 (1,062) dan Johor 1,275 (1,300). Negeri…

Read More

Filipina lapor 10,623 kes baharu

MANILA 6 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 10,623 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kini 1,638,345 kes. Sehingga pukul 4 petang ini juga, jumlah kematian meningkat kepada 28,673 orang apabila 247 lagi pesakit meninggal dunia dikaitkan dengan Covid-19. Sementara itu, sebanyak 3,127 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan pulih meningkat kepada 1,535,375 orang atau 93.7 peratus daripada keseluruhan kes. Di samping itu sebanyak 74,297 kes aktif dilaporkan.

Read More

Kes harian akan terus meningkat

PUTRAJAYA 6 Ogos – Kes harian Covid-19 dijangka terus meningkat sebelum kadar vaksinasi negara mencapai 80 peratus pada hujung Oktober ini di samping peningkatan juga disebabkan varian baharu seperti Delta, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Dr Hishamshah Mohd Ibrahim. Mengambil contoh kadar vaksinasi di Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang tinggi menunjukkan kes baharu menurun, tetapi yang lebih ditekankan di sini (Labuan dan Sarawak) adalah kadar kemasukan ke dalam wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kadar kematian menunjukkan penurunan yang ketara. “Kita jangka kalau kita dapat…

Read More

Thailand catat 21,379 kes

BANGKOK 6 Ogos – Thailand hari ini mencatatkan kes kematian tertinggi akibat Covid-19 iaitu 191 orang dengan jumlah jangkitan sebanyak 21,379, juga angka tertinggi yang direkodkan setakat ini. Jumlah kes tertinggi sebelum ini adalah 20,920 yang dilaporkan semalam dan kematian tertinggi pula adalah 188 yang direkodkan pada Rabu lalu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 714,684 dan jumlah kumulatif kematian pula meningkat kepada 5,854 orang. Daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 20,895 kes adalah dalam kalangan penduduk (termasuk 10 kes import) dan 484 orang adalah dalam kalangan banduan. Mengikut rekod,…

Read More