39,532 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 6 Ogos –  Indonesia merekodkan 39,532 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan jumlah keseluruhan 3,607,863 orang.

Menurut data Satuan Tugas Penanganan Covid-19, penambahan tertinggi  direkodkan di Jawa Barat sebanyak 4,580 kes dan Jawa Timur 4.490 kes.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 48.832 orang sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,996,478 pulih manakala kes aktif pula sebanyak 507,375.

Jumlah kematian juga meningkat apabila 1,635 lagi dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 104,010 kematian.

Sementara itu, setakat tengah hari ini, jumlah masyarakat yang sudah divaksinasi dos kedua meningkat kepada 22,891,824 atau 10.99 peratus manakala 49,391,058 orang atau 23.72 peratus mendapat dos pertama.

Related posts

Leave a Comment