Virus Covid-19 sudah menular

PUTRAJAYA 6 Ogos – Kes harian Covid-19 yang meningkat sejak beberapa minggu ini menunjukkan bahawa jangkitan virus sudah menular dalam komuniti, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata turut menunjukkan peningkatan adalah jumlah kluster jangkitan Covid-19 yang bertambah daripada 286 kluster dalam tempoh antara 23 Jun hingga 6 Julai 2021, kepada 347 kluster dalam tempoh antara 7 Julai hingga 20 Julai 2021.

Dalam kenyataan media hari ini, beliau berkata, peningkatan seterusnya dilihat dalam tempoh antara 21 Julai  hingga 1 Ogos 2021, membabitkan 401 kluster.

Katanya, dalam tempoh sama, Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati bilangan kluster tempat kerja juga meningkat daripada 180 kluster kepada 204 kluster dan terkini adalah 213 kluster, manakala bilangan kluster komuniti juga meningkat dari 86 kluster kepada 91 kluster, dan terkini 142 kluster bagi tempoh sama.

Peningkatan ini adalah susulan daripada saringan kontak rapat yang meluas.

Selain itu, tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat menyebabkan ramai yang menjalankan ujian kendiri atau pengesanan Covid-19 apabila bergejala atau mengetahui mereka adalah kontak rapat.

“Didapati kira-kira 70 peratus ujian RTK-Antigen dijalankan oleh agensi swasta,” katanya,

Related posts

Leave a Comment