Thailand catat 21,379 kes

BANGKOK 6 Ogos – Thailand hari ini mencatatkan kes kematian tertinggi akibat Covid-19 iaitu 191 orang dengan jumlah jangkitan sebanyak 21,379, juga angka tertinggi yang direkodkan setakat ini.

Jumlah kes tertinggi sebelum ini adalah 20,920 yang dilaporkan semalam dan kematian tertinggi pula adalah 188 yang direkodkan pada Rabu lalu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 714,684 dan jumlah kumulatif kematian pula meningkat kepada 5,854 orang.

Daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 20,895 kes adalah dalam kalangan penduduk (termasuk 10 kes import) dan 484 orang adalah dalam kalangan banduan.

Mengikut rekod, sejak gelombang ketiga bermula April lalu, jumlah pesakit adalah

685,821 dan 468,478 sembuh serta 5,760 kematian manakala sejak bermula pandemik jumlah kes 714,684, kes dan sembuh 495,904 dengan 5,854 kematian.

Kes kematian melibatkan mereka yang berumur antara 21 hingga 104 tahun dan  123, atau 64%, berumur 60 tahun atau lebih.

Di samping itu, 187 melibatkan warga Thai, tiga Myanmar dan seorang Jepun.

Bangkok merekodkan 100 kematian di samping sembilan di Samut Sakhon, lapan di Nakhon Pathom dan enam di Samut Prakan.

Turut merekodkan kematian adalah di selatan iaitu enam kes masing-masing di Narathiwat dan Pattani, tiga di Phatthalung, dua di Yala dan satu masing-masing di Ranong dan Surat Thani.

Bangkok juga merekodkan 4,700 kes baharu, diikuti Samut Sakhon 1,355, Samut Prakan 1,336, Chon Buri 1,325, Nonthaburi 716, Pathum Thani 552, Chachoengsao 527, Nakhon Pathom 476, Saraburi 427 dan  358 kes di Ubon Ratchathani.

Sepuluh kes import adalah dari United Kingdom (1), Jerman  (1), Israel (2), Myanmar (2 Thai dan 1 Myanmar) dan Malaysia (3).

Related posts

Leave a Comment