97 kes, satu kematian baharu

SINGAPURA 6 Ogos – Sebanyak 93 kes tempatan Covid-19 dan empat kes import dilaporkan di Singapura hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 65,605 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) 56 kes jangkitan tempatan berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan sudah pun dikenakan kuarantin.

Lapan lagi berkait dengan kes terdahulu dan 29 kes lagi tidak mempunyai hubung kait pada waktu ini.

Dalam kalangan kes hari ini, terdapat seorang warga emas berusia lebih 70 tahun yang sudah menerima satu dos vaksin dan keadaanya berisiko menghidap jangkitan serius.

Selain itu, empat kes import sudah pun dikenakan notis jangan keluar rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini. Kesemuanya dikesan sebaik tiba di Singapura

Sementara itu, seorang lelaki berusia 79 tahun meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan Covid-19 pada Rabu lalu menjadikan angka kematian di Singapura kini seramai 40 orang..

Lelaki warga Singapura itu belum mendapatkan vaksin Covid-19 dan  mempunyai sejarah menghidap penyakit jantung, penyakit penghalang pulmonari kronik.

Warga tua itu mendapatkan rawatan di Hospital Besar Sengkang pada hari yang sama kerana mengalami sesak nafas dan tekanan darah rendah dan beliau kemudian disahkan dijangkiti Covid-19.

Related posts

Leave a Comment