Selangor, KL sumbang 10,712 kes

PUTRAJAYA 6 Ogos – Selangor terus menambah kes jangkitan Covid-19 hari ini dengan merekodkan 8,792 berbanding 8,549 semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang dicatatkan sebanyak 451,366 kes.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga masih merekodkan angka yang tinggi dengan jumlah kes harian hari ini meningkat kepada 2,483  berbanding 2,163 semalam.

Dengan perkembangan ini, Selangor dan Kuala Lumpur menyumbang 10,712 kes daripada jumlah seluruh negara hari ini iaitu 20,889.

Sementara itu tiga negeri merekodkan lebih 1,000 kes harian iaitu Kedah 1,371 kes berbanding 1,446 semalam, Sabah 1,291 (1,062) dan Johor 1,275 (1,300).

Negeri Sembilan merekodkan 986 kes berbanding 989 semalam, Kelantan 938 (772) Pulau Pinang 776 (1,022), Sarawak 652 (759), Perak 624 (916), Pahang 610 (426), Melaka 491 (622), Terengganu 460 (501), Wilayah Persekutuan Putrajaya 122 (50).

Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis masing-masing merekodkan sembilan kes berbanding semalam 15 dan empat kes.

Related posts

Leave a Comment