986 kes baharu di Saudi

RIYADH 5 Ogos – Selepas dua bulan mencatatkan kes harian Covid-19 melepasi 1,000, Arab Saudi hari ini merekodkan 986 kes. Kali terakhir Kementerian Kesihatan merekodkan jumlah kes kurang 1,000 adalah pada 6 Jun lepas dengan 984 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 530,981 manakala 13 lagi meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,297 kematian. Kes pulih pula meningkat kepada 512,373 orang apabila 1,055 pesakit dilaporkan sembuh. Sementara itu Makkah merekodkan kes harian tertinggi dengan 189 diikuti Riyadh 162, Timur 169 dan Jazan 101. Kes aktif pula 10,311 di mana…

Read More

Indonesia catat 35,764 kes

JAKARTA 5 Ogos – Indonesia merekodkan 35,764 kes baharu Covid-19 hari inj yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,568,331  . Di samping itu, sebanyak 1,793 kematian dilaporkan akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah kumulatif 102,375 orang. Jawa Tengah menjadi daerah yang mencatatkan kes kematian tertinggi, iaitu  466 kes, diikuti Jawa Timur sebanyak 311 kes dan Jawa Barat sebanyak 173 kes. Bagi kes sembuh pula, sebanyak 39.729 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan jumlah keseluruhan  2,947,646 orang .

Read More

Lebih 1,000 masuk hospital setiap hari

PUTRAJAYA 5 Ogos – Lebih 1,000 pesakit dimasukkan ke hospital setiap hari. Begitu situasi di Lembah Klang ketika pandemik Covid-19. Kementerian Kesihatan merekodkan peningkatan lebih 33 peratus kemasukan pesakit baharu kes Covid-19 ke hospital di Lembah Klang berbanding dua minggu lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketika ini bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital di Lembah Klang semakin meningkat ekoran peningkatan kes di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. “Terdapat 6,427 pesakit berada dalam hospital; 2,685 berada dalam Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan 659…

Read More

Kes harian lepasi 20,000

PUTRAJAYA 5 Ogos – Kes harian sekali lagi mencatat rekod baharu hari ini apabila jumlah kes positif Covid-19 mencecah 20,596 berbanding 19,819 semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu kini mencecah 1,203,706 kes. Beliau berkata, hanya 34 daripada keseluruhan kes membabitkan kes import manakala 20,562 kes adalah penularan tempatan dengan 17,021 warganegara (82.8 peratus) dan 3,541 lagi bukan warganegara (17.2 peratus). Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 217,061 kes aktif setakat hari ini dengan 1,078 kes dirawat di Unit Rawatan…

Read More

Johor akan dapat 1.5 juta dos

PAGOH 9 Ogos – Sebanyak 1.5 juta dos vaksin Covid-19 akan dihantar ke Johor, berbanding 1.3 juta dos yang diumumkan sebelum ini sekali gus memberi peluang kepada 40 peratus penduduk negeri itu menerima vaksin sebelum 31 Ogos ini. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, penjelasan itu dibuat berikutan kekecewaan dizahirkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, semalam, serta Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim, baru-baru ini. “Saya sudah meminta Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, dan Menteri Kesihatan,  Dr Adham Baba, supaya melihat situasi di Johor serta buat seperti mana…

Read More

98 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 5 Ogos – Sebanyak 96 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dilaporkan hari ini bersama dua kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan 65,508 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) hari ini, sebanyak 38 kes berhubung kait dengan kes-kes terdahulu dan telah dikenakan kuarantin manakala 20 lagi kes terkait dengan kes-kes terdahulu dan dikesan menerusi pemantauan. Dalam kalangan kes tersebut terdapat dua warga emas yang berusia 70 tahun ke atas yang belum lagi divaksin atau sudah menerima satu dos vaksin dan berisiko sakit teruk. Dua kes import pula sudah dikenakan Notis Jangan…

Read More

Selangor masih catat kes tertinggi

PUTRAJAYA 5 Ogos – Lima negeri merekodkan empat angka kes jangkitan Covid-19 hari ini didahului Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, Johor dan Pulau Pinang. Selangor dan Kuala Lumpur masih kekal sebagai penyumbang utama kepada jumlah keseluruhan kes negara yang hari ini mencecah 20,596 kes. Jika semalam Selangor merekodkan 8,377 kes tetapi angka itu meningkat hari ini kepada 8,549 kes berbanding Kuala Lumpur yang menunjukkan penurunan dari 2,467 semalam kepada 2,163  hari ini. Secara tidak langsung, Selangor dan Kuala Lumpur menyumbang 10,712 kes kepada peningkatan kes di peringkat nasional hari…

Read More

8,127 kes baharu di Filipina

MANILA 5 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 8,127 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,627,816 kes. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan jumlah keseluruhan kematian yang meningkat kepada 28,427 orang berikutan 196 lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19. Dalam tempoh yang sama, seramai 4,343 orang pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif pulih sebanyak 1,532,494. Kes aktif pula sebanyak 66,895 atau 4.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More

Kelulusan bersyarat Moderna

PUTRAJAYA 5 Ogos – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) memberi kelulusan secara bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi vaksin Spikevax 0.20 mg/ml Dispersion for Injection Covid-19 mRNA Vaccine (nucleoside modified) atau Moderna. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk adalah dari pemegang pendaftaran produk (PRH) Zuellig Pharma Sdn Bhd yang berdaftar daripada pengilang Rovi Pharma Industrial Services, Sepanyol. Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-362 yang bersidang hari ini. Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan…

Read More

Thailand terus catat kenaikan

BANGKOK 5 Ogos – Sekali lagi Thailand mencatatkan rekod baharu apabila jumlah kes jangkitan Covid-19 hari ini meningkat kepada 20,920 berbanding 20,200 semalam. Bagaimanapun jumlah kematian hari ini berkurangan iaitu 160 berbanding 188, angka tertinggi yang direkodkan semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 693,305 dengan kematian pula 5,663. Sebanyak 20,658 kes melibatkan orang awam (termasuk lapan kes import) dan 262 dalam kalangan banduan penjara. Bangkok mendahului 10 wilayah merekodkan kes tertinggi iaitu 4,140 diikuti Samut Prakan 1,326, Chonburi 1,311, Samut Sakhon 1,279, Nonthaburi 754, Nakhon Ratchasima…

Read More