8,127 kes baharu di Filipina

MANILA 5 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 8,127 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,627,816 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan jumlah keseluruhan kematian yang meningkat kepada 28,427 orang berikutan 196 lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Dalam tempoh yang sama, seramai 4,343 orang pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif pulih sebanyak 1,532,494.

Kes aktif pula sebanyak 66,895 atau 4.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment